
Dari gambar ini jelas sekali dia merasa risau dan sempat juga dia berkata pada ibu 'ibuuu.. sadiq takutt'
Begitulah kata-kata yg diluahkannya.. sedih pulak bila dia cakap macam tu.

Tapi ibu *****a senyum kearahnya, dan ajarkan dia baca doa agar dia tak terasa takut sangat. Lepas tu dia menung sampai ada masa tu letih sangat dia sampai hampir terlelap di kerusi rodanya.
Saat kepala dia di sarung 'skop' dia dah mula menitiskan air mata.. dan nampak muram saja.

Gambar di luar bilik operasi, gambar di ambil sejurus sebelum baby sadiq sedar dari 'bius' obat operasinya,
Masih tidak sedarkan diri lagi.
Ketika ini ibu baru saja masuk dan cuba tenangkan dia yang tiba-tiba saja bangkit dari katilnya sejurus selepas dia di bawa di bilik menunggu.
Mujur ibu sampai disitu kalau tidak dia dah bangun, masa dia bangunpun dia tak sedar diri mata dia dah terbuka luas tapi dia tak kenal sesiapa di depan dia pun termasuk ibu dia sendiri, mungkin dari kesan ubat bius tu kuat sangat sampai dua tiga kali dia bergegas bangun dari katil.. nak carik ibu, tapi
.

Cepat-cepat ibu tepuk dan beritau dia yg ibu ada disisi dia dan tidakkan biarkan nurse 'sakiti' dia :) lama jugak nak tenangkan dia
15 minit baru dia sedar yg tepuk-tepuk dia tu adalah ibu.. lalu di peluk tangan ibu sambil menangis sekuat hati dia...

ketika ini jelas kelihatan betapa 'penderitaan' anak yg di khatan jelas kelihatan di wajahnya, sayu pulak ibu lihat dia begitu.. ibu tepuk dada dia pelan-pelan pujuk dia agar tidak menangis, ibu cium-cium tangan dia sampai dia diam.... alaaahhh aku pulak ni yang nak nangis, naluri seorang ibukan, manalah boleh lihat anak dia dalam kesakitan....kesian dia.... (getus hati ibu). Perlahan-lahan baby sadiq dah mula sedar dia banyak berdiam dan kerap renung saja wajah ibu yg ada di sebelah dia, dari renungan mata dia tu ibu tahu dia dalam kesakitan, tapi ibu cuba tidak menunjukkan sedih sebak di hati, ibu belai-belai dia kasi dia tenang pujuk dia untuk minum air dan buang air, tapi masa ni dia terlalu takut untuk buang air (sakit agaknya) lagi pulak kaki dia belum cukup kuat untuk berdiri (sebab telah di bius dari baras pinggang hingga kebawah (itu yg takboleh berdiri), jadi dia kenalah di angkat dan di usung oleh abgnya.

Saat ini dia cuba-cuba untuk bangun dan makan, tapi baru saja makan sikit dah nak ketandas (dia terasa nak buang air pulak), abgnya layanlah dia apa lagi pertama kali buang air melalak lagilah dia... sambil muntah-muntah
Lepas tu ibu kasi dia air suam putih dan kasi dia rehat lagi, kata doktor dia perlukan rehat 4 jam selepas pembedahan 'berkhatan' kalau tak apa-apa bolehlah balik sebelah ptgnya. Gambar atas tu sempat jugak bergambar, ada pulak kwn ayah yang datang melawat baby sadiq.

Gambar ni dah standby nak balik. Tgk tu dia bila dgr kata boleh balik.. teerukir senyuman di bibir dia, akhirnya dapatlah dia balik lebih kurang jam 5.30 ptg
hampir seharian dia duduk di wat Kent Ridge NUH Hospital, monyok je muka dia hehehe.. akhirnya dapat juga dia tersenyum, apa tak senyum ayah, kakak dan abg dia juga ada sama dari pagi hingga ptg dia keluar, itu yg buat dia suka senyum saja.
akhir nya selamat satu pengurbanan yg di alami anak ibu Muhd Sadiq atau nick manja kita panggil dia dgn panggilan Baby Sadiq (sebab dia yg last dan bongsulah tu sebab dia baby for ever :D hehehe)... sekarang musim cuti sekolah dia banyak habiskan masa duduk main game dan istirehat (masih belum baik lagi.. baru je seminggu :))
doakan dia cepat sembuh ye
itu saja pengalaman anak ibu ni untuk bacaan semua...
kalau nak tau lebih lanjut berkenaan kelebihan berkhatan ni.. sila baca topik yg baru di buka oleh Gadisku di forum ruangan keluarga..
Sekian Wassalam
Ibumisali (puhhh berpeluh nak cerita ni :D)